Alhamdulillah, exam MCQ Renal Biology baru selesai pagi tadi. mujur next MCQ exam after our mid-sem break, kira2 sebulan lagi... hehe, boleh la nak berfoya-foya... =D
well, sejak seminggu dua sebelum exam ni, aku dah jadi pendengar setia radio MISG. Sepanjang masa kat umah, selain solat, ngaji dan tido, dendangan nasyeed dari radio aku biarkan berkumandang... maklumla, unlimited access to internet. =D
Aku dah jatuh cinta pada satu lagu yg pada mulanya, aku tak pernah sedar kewujudannya walaupun nasyid tu termasuk dlm one of the most frequent song requested by the listener. Mungkin krn aku x pernah berpeluang utk menghayati bait2 liriknya..
Until one day, time sorg2 b4 class... tibe2 ayat ni mencecah gegendang telinga aku: "harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian melanda,itu jelasnya
membuktikan Allah mengasihimu setiap masa, diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan..."
Rangkap pendek tu benar2 berjaya memancing hati aku untuk terus mendengar... sejak tu aku berusaha cari, lagu ape ni? Mujur mmg aku dh recognise suara n style ni kepunyaan Mestica.. hehe... well, here goes,
Rahmat Ujian, by Mestica.
Dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
insan memandang
mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah
menghadapi segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
Hmm... setelah beberapa kali aku hayati nasyid ni, tiba2 rasa x sedap hati dgr satu rangkap ni: "Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan". Benarkah Allah rindu? Adakah rindu tu sifat Allah?
But before that, to all Mestica fan, or Mestica itself, if it happens that u come across this, no offence eh! Tak berniat utk mengguris mana2 pihak. Cuma mengekspreskan pendapat peribadi aku...
Daripada pemahaman aku, rindu itu lebih kurang mcm satu keinginan yg memuncak untuk memperoleh sesuatu. Dan apabila x berjaya memperolehnya, seolah2 hati si perindu akan terbeban dgn perasaan tu. Teringat2, serba tak kena... Tapi tak taula, kalau dari segi bahasa yg sebenar, mungkin lain ertinya. Aku pn x berpeluang utk cek maknanya yg betul... kamus dewan bahasa takde.. hehe...
Seandainya maksud kalimah 'rindu' tu mirip kpd apa yg aku paham, pd pndpt aku, sifat itu tak layak bagi Allah. Sbb kalau kita imbas balik firmanNya dlm al-Quran;
"Muhammad is no more
than an apostle: many were the
apostle that passed
away before Him. if He died or were slain, will ye then Turn
back on your heels? if
any did turn back on His heels, not the least harm will he
do to Allah. but Allah
(on the other hand) will swiftly reward those who (serve
Him)
with gratitude" [Q- 3:144]
Dgn kata lain, kalau dlm kes nasyid ni, jika kita tak meminta pada Allah, tidak merintih padaNya, Allah takkan rugi apa2 pun. Tapi, kalau dikatakan Allah mengasihi barangsiapa yg meminta kpdNya, aku setuju. Sbb He is the LOVETH. Tapi bukan perindu.
Hmm... tapi aku tak nafikan, penggunaan kalimah "rindu" tu memberi impak lebih besar kpd pendengar2 berbanding dgn kalimah "kasih", "sayang" - termasuk aku pada mulanya. Rasa ada sense of belonging... Terasa ada hubungan cinta antara Tuhan dan hamba... Rasa macam, "
Allah pn rindukan doa kita, siapa pula kita utk menolak cintaNya?"
Ntah, aku tak pasti wajarkah aku mempertikaikan penggunaan bahasa. krn aku tahu, bahasa juga memainkan peranan penting untuk memancing dan memberi kesan langsung kpd pembaca dan pendengar. Tapi bagaimana dgn kesan thdp aqidah? Mungkin bg sesiapa yg benar2 faham ttg apa yg cuba disampaikan di situ, tak mengapa. tapi bagi yg mungkin x paham hakikat asma' Allah wa sifatuh, tak mustahil akan anggap Allah mmg benar2 rindukan hambaNya...
Apepun, harap diperbetulkan jika aku tersilap...
WaLLahu a'lam.