0



~ In The Name of Allah ~
~ The Most Gracious, The Most Merciful ~


ahlan wasahlan!



~ Salamun`Alayk ~

NouR eLFaQiHa
=====
Medical Student
University College Dublin




~ Talk non-stop!! ~






~ Halwa Telinga ~

Al-Husayyan ~ Ya Allah




Hayya `ala as-Solah!


~ Calendar ~

rss feed




You Are The Guest Number:

Since August 27, 2004
11 Rejab 1425 Hijri

Thanks For Visiting!!
Do Come Again... :)



Thursday, February 09, 2006
Add up your BOYCOTT list!

Kehangatan isu penghinaan terhadap umat islam melalui karikatur Nabi Muhammad s.a.w masih terasa biarpun isu ini telah lama berlaku dan di sesetengah tempat sudah mulai sejuk. Mungkin juga di sesetengah negara (Malaysia??) dan bagi sesetengah orang, isu ni bukanlah satu yang perlu diperbesarkan. (isu hiburan lebih besar, barangkali? huhu~) Biarlah... yang penting, kita sendiri ada sensitiviti terhadap agama kita sendiri dan sedar akan tanggungjawab kita untuk mempertahankan agama Allah. (Alhamdulillah... insyaAllah!)

Sebagai pelajar, mungkin tidak banyak yg dpt kita lakukan (banyak sebenarnye!) untuk kita tunjukkan protes terhadap penyebaran karikatur terkutuk tu. Tapi sharusnya, kita cuba sedaya mungkin untuk terus laksanakan usaha yang termampu. Sekurang2nya, salah satu daripada saranan2 Al-`Allamah Shaykh Yusuf Al-Qaradhawi dalam khutbah Jumaat di Doha baru2 ni:

Petikan akhbar dlm IslamOnline

  • Kerajaan dan Umat negara-negara Islam dan Arab hendaklah memberi tekanan kepada organisasi antarabangsa agar diwujudkan undang-undang ini, bukan sahaja mendapatkan kema'afan dari akhbar-akhbar tersebut, tetapi memberi peluang kepada orang-orang Islam menulis di akhbar-akhbar mereka selama 1 bulan bagi mempertahankan Nabi

  • Adalah menjadi kewajipan umat Islam didalam perkara ini menjalankan BOIKOT keatas semua barangan-barangan dari negara-negara yang berani menghina Rasulullah ; kerana setiap sen dari pembelian barangan tersebut akan pergi kepada kerja-kerja ini. Tugas Kerajaan adalah melakukan BOIKOT POLITIK dengan cara menarik balik Duta dari Denmark, dan menutup kedutaan mereka di tempat mereka.

  • Umat Islam hendaklah merasa marah dan cemburu terhadap Agama dan Nabinya, dan mempamerkan bahawa mereka tidak dapat menerima perkara-perkara seperti ini.

  • Beliau beranggapan bahawa: Ini adalah Fardu Ain keatas setiap orang Islam disemua tempat, dengan membaca hadith: Demi DiriKu ditanganNya, Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintaiKu lebih dari Bapa, Anaknya dan keseluruhan manusia.

  • Beliau memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan Arab agar jangan memisahkan diri dari rakyatnya, katanya : mereka hendaklah berdiri dibelakang rakyatnya seperti berada didalam sebuah kapal yang sama...keatas orang Islam beliau menyeru agar bersatu bagi berhadapan dengan musuhnya, dan membuktikan bahawa mereka menjawab penghinaan yang dilontarkan keatas Nabi dan maruah mereka.

  • Kepada Kerajaan negara-negara Barat beliau berkata : mereka tahu akan sikap prokrastinasi atau sokongan mereka keatas akhbar-akhbar ini, atau kerajaan-kerajaan mereka membentuk TERRORISME yang mereka sendiri mendakwa menentangnya, dan jika kerajaan mereka tidak bertindak, maka akan menjadi alasan kepada individu-individu tertentu yang akan mengambil tindakan sendiri menuntut bela keatas Nabi mereka, dan mereka akan melakukan keganasan-keganasan yang baru.

  • Beliau mengajak semua orang Islam agar: tidak mencampur-adukkan apa yang berlaku dengan orang-orang Kristian yang hidup dinegara kita.

  • Keatas akhbar-akhbar Eropah yang melakukan penerbitan tersebut kata beliau : ini merupakan jenayah yang paling teruk yang tidak prihatin terhadap manusia, tetapi mencederakan maruah dan kehormatan ketas billion umat Islam.

  • Mengenai justifikasi mereka terhadap kebebasan memberi pendapat, beliau berkata: ini merupakan satu tindakan yang kurang ajar yang tidak boleh kita terima dari apa-apa alasan mereka, dan perkara penghinaan ini tidak mungkin dapat mereka lakukan keatas keluarga dan ibu mereka atas nama kebebasan berfikir dan tidak juga dari demokrasi.

    artikel asal : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2006-02/03/article06.shtml

  • Excerpted and translated by Ust Hj. Kamin, al-ahkam.net
    ================

    KESIMPULAN: Jom BOYCOTT DENMARK, FRANCE, GERMANY, SPAIN, ITALY!!

    Posted at 04:41 pm by eLFaQiHa

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



    Previous Entry Home Next Entry