0



~ In The Name of Allah ~
~ The Most Gracious, The Most Merciful ~


ahlan wasahlan!



~ Salamun`Alayk ~

NouR eLFaQiHa
=====
Medical Student
University College Dublin




~ Talk non-stop!! ~






~ Halwa Telinga ~

Al-Husayyan ~ Ya Allah




Hayya `ala as-Solah!


~ Calendar ~

rss feed




You Are The Guest Number:

Since August 27, 2004
11 Rejab 1425 Hijri

Thanks For Visiting!!
Do Come Again... :)



Wednesday, December 14, 2005
Rintihan seorang pejuang...

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi paper Cell Biology. Panjatan syukur ke hadrat Allah walaupun jawapan aku untuk soalan2 yang dikemukakan tu kurang memuaskan. Sekurang-kurangnya Allah masih mengurniakan akal dan ingatan yang baik kepada aku...
(hehe.. ni pemikiran aku masa boleh berfikir secara rasional..)

Honestly, sebaik saja keluar dari dewan, aku rasa cam.. "i'm useless.." iskk... soalan yg memerlukan jawapan yg simple, aku tahu aku sebenarnya mampu jawab dgn baik, but i couldn't! kesal + marah + geram + tensen + tak puas hati dengan diri sendiri.... kenapa, kenapa, dan kenapa?

Sepanjang perjalanan balik, i kept on thinking... i chose the question for the essay wrongly because i misunderstood them. Language barrier? Tak familiar dgn bentuk soalan? Tak dapat concentrate dgn soalan, sebab tiba-tiba perut meragam. About 10 minutes aku try to cool down myself + tahan sakit. Tak sempat jawab soalan + arrange jawapan dgn baik, coz of time constrain. we have to answer one essay, 3 "short answer" (kunun je short..) questions + 2 sub-question for each Q in one hour only!!! (UCD mmg kejam! wuwu..)

To make thing worse, i thought about UCD new pointer-basis marking system. CGPA? Oh my goodness... Next Sem we'll start learning the System 1 which is much more challenging, i guess. So, for this Sem i have to do well in Basic Concept utk bring up pointer sampai the end of term. Tapi nampaknya macam... takde harapan? (isk.. baru first written paper pn dah putus asa? huh!)

Tapi, bila fikir2 balik, sampai bila nak letakkan kesalahan kepada external factor? Walhal, mungkin bukan di bawah kuasa aku untuk memikirkannya, dan kalau Allah menghendaki, perkara itu bukanlah penghalang kejayaan aku. sebenarnya internal factor yg perlu diambil perhatian... yup, me, myself! Di mana silap aku?

Belum cukup bersungguh study? mungkin... juga kerana english aku yg hampeh... (mesti examiner terguling baca sentence structure aku.. wuwu..)

terlalu yakin hingga kurang doa? isk... (dah lama tak bgn qiyamullail... isk..)

Niat? Why did I aim for the best in exam? sbb aku mahu jadi yg terbaik, for self satisfaction, untuk mak n ayah... plus: i'm a muslim, so i have to be the best! juga wasilah untuk aku meneruskan perjuangan mencapai cita-cita...
tapi mungkin tanpa aku sedari semalam lepas ditimbulkan soal 'honest', 'first class' and all... aku pun tiba2 terdetik, "bestnye dapat honours atau first class, glemer gitu". ya, mungkin kerana niat yg sedikit tergelincir dari landasan... Astaghfirullah...

Biarlah, sekurang2nya aku sedar segala kesilapan aku. Dan aku sedar, aku masih belum meletakkan sepenuh tawakkal aku kepada ALLAH. Tanpa sedar, aku begitu yakin dengan usaha aku yang sebenarnya terlalu kecil dibandingkan dengan kekuasaan dan ketentuan ALLAH. Kalimah "tawakkal-tu 'ala Allah" sebenarnya hanya di bibir, bukannya di hati!

YA ALLAH, andai ini kifarah untukku, maka ampunkanlah dosaku. Andai ini ujian untuk hambaMu, tabahkanlah hatiku menghadapi dugaanMu... Semoga masih ada 'esok' untukku... .

~ catatan seorang pejuang yg hampir tersungkur, namun mencuba sedaya menggagahi diri tuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai....~

Posted at 05:12 pm by eLFaQiHa
Comment (1)  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Friday, December 02, 2005
UCD darul Exam ~

Alhamdulillah, dah selesai exam untuk hari ni... 2 papers: MCQ (multiple choice question) for Cell Biology (Physiology) and Molecular Basis of Life (Biochemistry). Sebaik saja OMR form for the last paper dipungut, terasa ringan sebentar segala beban yg tertanggung selama seminggu berhempas pulas demi menjawab 40 soalan dlm masa 30 minit (per paper). Benar2 lega... (walaupun rasanya jawapan aku ade yg tah pape... huhu~).

Tapi bila mengenangkan practical exam for basic first aid aku last wednesday yg horror... iskk... Walaupun I know i have passed the exam, tapi masih rasa kurang berpuas hati... I know I could do better... tapi disebabkan rembesan hormon adrenaline yg begitu banyak, menyebabkan kadar kelajuan jantungku semakin meningkat... (ape aku merepek ni???) senang cite, nervous breakdown yg teruk... akibat dihujani pelbagai jenis soalan berkaitan first aid termasuk soalan berunsur maths yg aku gagal menjawabnya dengan betul... mujur instructor aka examiner aku memahami... hanya tersengih melihat kekalutan aku menjawab segala persoalan yg ditimbulkan... i'm not a good first aider... and i hope i don't have to be one... tapi kalau betul2 casualty depan mata, nak tengok je? huhu~

talking about first aid, i came across one of the common types of poisoning: DRUG poisoning which is caused by the overdose consumption of drugs... e.g.: painkillers (such as paracetamol) --> "Little effect at first, but abdominal pain, nausea, and vomitting may develop. irreversible liver damage may occur within 3 days." hm... it reminds me of my friend who had just passed away last week... Allah yarhamu-Ha... Ameen.

Well, got 5 more papers to go through starting 13th December... SAQ (short answered question) and essay... menakutkan... but luckily, no negative marking for those papers... takleh bayang kalau SAQ n essay pn ade negative marking macam MCQ. Correct answer will be rewarded by 1 mark, but 1/2 mark will be deducted if u got it wrong... UCD kejam? huhu~ Nak tak nak itula yg kami harus hadapi... (we ARE facing it actually...) Nak tuka Uni?? tak mungkin... I'm sure UCD will be the best for me, InsyaAllah... or otherwise, I'm not destined here... ^_^ UCD ROCKS!! ^_^ hehe...

Ok, gotta enjoy my "study leave" week...
Ud'u la-na bit-Tawfeeq wa an-Najah fi haza al-imtihan...


P/s: BTW, kot2 ade yg x paham study leave tu ape... it's a week (or two or more??) leave given by university where there will be no lectures for the whole week. So that u can concentrate on ur studies and prepare for the coming exam. So, do not misunderstand if people tell u they are on study leave, kot2 ingat diorg ponteng... huhu~

Posted at 11:10 pm by eLFaQiHa
Any comments?  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Friday, November 25, 2005
Farsy it-Turob (Dust is My Bed)


فرشي التراب

فرشي التراب يضمّني .. وهو غطائي
حولي الرّمال تلفّني .. بل من ورائي
واللّحد يحكي ظلمة .. فيها إبتلائي
والنور خطّ كتابه .. أنسي لقائي
والأهل أين حنانهم .. باعوا وفائي
والصّحب أين جموعهم .. تركوا إخائي
والمال أين هنائه .. صار ورائي
والإسم أين بريقه .. بين الثناء
هذي نهاية حالي .. فرشي التراب
والحب ودّع شوقه .. وبكى رثائي
والدمع جفّ مسيله .. بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه .. ضاقت فضائي
فاللّحد صار في جثّتي .. أرضي سمائي
هذي نهاية حالي .. فرشي التراب
والخوف يملأ غربتي .. والحزن دائي
أرجو الثبات وإنّه .. قسما دوائي
والربّ أدعوا مخلصا .. أنت رجائي
أبغي إلهي جنّة .. فيها هنائي


Dust is My Bed
by Meshary Al-'Aradah

Dust is my bed,
embracing me and is my cover
The sands around me, engulfing me
from all direction

And the tomb recounts
(the story of) the darkness of my calamity
And the light has destined that
my pleasure is meeting Allah

Where is the kindness of kin?
They relinquished fidelity
Where are the scores of friends?
They dispensed with my brotherhood
Where is the bliss of money?
I left it behind
And where is the glory of fame
and compliments
That's my end; dust is my bed

The beloved bade farewell to his love
and cried my elegy
The tears flow dried out after crying
The vast universe shrank
narrowing my space
The tomb to my corpse
became both my land and my sky
That is my end; this is my bed

Fear overwhelms my estrangement
and sadness is my ailment
Hoping for steadfastness
which is - I swear - my remedy

Sincerely supplicating to the Lord
You are my hope
Hoping - O allah - for a paradise
in which my bliss shall be attained



click here

Posted at 10:49 am by eLFaQiHa
Any comments?  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Friday, November 25, 2005
Kullu nafsin zaa-iqat ul-mawt...

Erm... a mixed feeling... (macam mixed vegie... ade peas, carrots, corns, kalau kat eire ni ada long bean and kacang parang). And I'm speechless. Teringin utk mencoretkan sesuatu walaupun sebenarnya kematian kata-kata...

Well, I was about to sleep when suddenly i received a text message from my Mom. "Umairah anak Ust Rahim dah meniggal dunia...." InnaliLLah Wa Inna Ilayhi Roji'uun. Hilang rasa mengantuk, terbantut rasa ingin tidur. Rasanya baru minggu lepas aku nampak dia online... tapi aku tak berkesempatan utk menegur lantaran kesibukan (buat2 busy.. hehe..). Ntah, rasa kesal, tapi aku tahu, tiada apa yg harus aku sesalkan... Segala yang berlaku adalah percaturan Yang Esa. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Baru dua hari lepas mak mengkhabarkan 2 berita buruk untukku: Umairah dimasukkan ke ICU krn drug overdose, n atuk sakit di rumah aku (di M'sia). Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan agar keduanya sihat seperti sediakala... walaupun hati ini sebenarnya meronta2 ingin terbang pulang (mungkinkah?? huhu~). Hmm... sukar utk aku bayangkan... sahabat baik aku sejak sekolah rendah... bergembira + wat nakal sama2... hari ni... telah dijemput pulang, kembali kepada Sang Pencipta. Tapi itulah kenyataan yang harus aku terima. Mudah-mudahan doaku sampai kepadanya...

Teringat aku ada satu gambar favourite aku...



Kenapa agaknya aku sgt sukakan gambar ni? Sebenarnya daun2 yg gugur tu disusun oleh sahabat aku. Biasala, masa mula2 sampai, berkenan dgn daun yg takde kat m'sia. Ntah kenapa, aku pn berminat dgn gambar ni... bila ditatap lama2, rupanya ada maksud tersirat di sebalik keindahan gambar ni. 3 different colours = different range of age of the leaves... hijau kekuningan, hijau, brown. Lumrah alam, daun yg masih hijau takkan gugur, sehingga ia layu (kuning) dan akhirnya kering (brown) dan gugur... Begitu juga halnya dgn manusia. Mindset kebanyakan kita: mati ketika tua atau severe or chronic illness... Tapi kadang2 kita lupa, sebenarnya mati tidak mengenal umur... bila2 masa sahaja ia bakal menjemput kita... tak kira tua, muda, sihat atau sakit...
Mudah2an kita sama2 tergolong dalam golongan yang sentiasa mengingati mati... Ameen.
ALLAHumma ikhtim la-na bi-husn il-khatimah, wa-la takhtim 'alayna bi-suu' il-khatimah...

Kebetulan, aku baru berjaya mendptkan lirik nasheed 'Farsyi at-Turob' nyanyian Masyari al-'Aradah walaupun dah lama sebenarnya nasheed ni masuk dlm list favourite aku. Disebabkan kerja yg bertimbun dan exam yg menanti pd setiap minggu + takde kamus Arab aku terpaksa tangguhkan aktiviti rutin aku masa cuti dulu... (dgr, tulis, n cek kamus) tapi ntah kenapa sejak pagi td beriya2 aku berusaha cari lirik nasyeed ni... bila tak jumpa, balik kelas sambung semula usaha pencarian aku... ntah kenapa juga, hati aku melonjak ingin menulis mengenai mati setelah sekian lama menyepikan diri... (ade gak tulis2 sebelum ni, tapi tak terpost... hehe). Hmm.. rupa2nya... ntah.. (nampaknya aku pn nak cari coincidence antara perasaan aku dgn kejadian hari ni.. huhu~) waLLahu A'lam. And that's it...

Posted at 10:20 am by eLFaQiHa
Any comments?  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Sunday, October 23, 2005
You are Never alone

Saje2 belek2 collection nasyeed aku. Tiba2 tertarik kepada nasyeed ni. Benar2 menyentuh hati aku. Di kala aku merasa kekosongan, kesepian, hilang ketenteraman jiwa, kadang2 aku lupa, Aku bukan bersendiri. Aku ada DIA, yang insyaAllah akan sentiasa hampir dengan hamba-NYA yang sentiasa mengingatinya. Hampir saja aku mengalirkan air mata memikirkan kelupaan dan kelalaian aku... kepada pergantungan yang SATU... ALLAH rabb ul- Jaleel.

Sometimes...

When The World's not on your side
You Don't Know Where To Run To
You Don't Know Where To Hide

You gaze at the starys in the sky
At The Mountain So High
Through The Tears in Your Eyes
Looking For A Reason
To Replace What is Gone

Just Remember
Remember
That You Are Never Alone
YOU ARE NEVER ALONE

Just Reach into Your Heart
And Allah is Always There
YOU ARE NEVER ALONE

Through Sorrow and Through Grief
Through Happiness and Peace
YOU ARE NEVER ALONE

So Now...
As You Long For Your Past
Prepare For Your Future
But Knowing Nothing's Gonna Last

You See...
This Life is But a Road
A Straight And Narrow Path
To A Final Abode

So Travel Well O' Muslim
And Paradise Will Be Your Home
And Always Remember
That You Are Never Alone
YOU ARE NEVER ALONE


by Zain Bhikha


---------------------------------------------------------

kesimpulannya:
Whatever happens, do remember.... "La Tahzan. InnaLLaha Ma'ana.".

Posted at 09:15 am by eLFaQiHa
Any comments?  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Sunday, October 23, 2005
'Asheeq ul-Qalb

bro (10/22/2005 5:08:25 AM): salam
bro (10/22/2005 5:08:30 AM): hah nak cakap
bro (10/22/2005 5:08:47 AM): dia tanya kak tidur kat mana
bro (10/22/2005 5:08:52 AM): dia x nampak
bro (10/22/2005 5:09:06 AM): bila nak balik
bro (10/22/2005 5:09:13 AM): rindu lah tu
bro (10/22/2005 6:43:18 AM): kakak dah bgn lum,madih dah tak sbr-sbr nak ckp ngan kakak

------------------------------------------------------

Tersentuh hati aku membaca offline message di YM. teringat pada janjiku pada adik kecilku Madihah. (aka Hah, or Madih) tengah hari semalam, sebelum ke kelas jam 2 ptg, (9 mlm waktu M'sia) aku berjanji utk menyambung conversation pada esok hari. Aku lupa perbezaan time zone antara Malaysia dan di sini. Dan aku juga terlupa, aku akan bermalam di Belfield pada malam tu. Aku tak berniat utk melanggar janjiku. Cuma aku tak sangka, adikku menuntut janjiku. menanti munculnya wajahku di skrin komputer, dan menanti suaraku memecah kesunyian. Maafkan akak, dik!
Sejak keberangkatanku ke Ireland ini, buat pertama kalinya air mata aku mengalir tanpa segan silu. Bukan kerana rindu, tapi kerana kesal dengan janji yg tidak ditepati. (Ighfir zunubi Ya Rabb...)

Sukar untuk aku nafikan perasaan sedih aku. Terasa tempoh 2 stgh tahun begitu lama. Mungkin untuk berpisah dengan ahli keluargaku yang lain, tidaklah menjadi masalah. Ya, demi ilmu. tetapi meninggalkan adik kecil yg masih belum faham erti perpisahan... Sesungguhnya sukar untuk aku menyembunyikan perasaan sayu aku. She knows nothing. Apa yg dia tahu, "Kakak pergi sekolah. Sekolah kakak jauh. Kakak tak boleh balik."
setiap kali conversation dengan adik, mesti ade FAQ's and request yg diajukan kpd aku. "Kakak kat mana? Kakak kat rumah jauh ke? Kakak, datanglah sini. Datanglah rumah Madihah.... Kakak tak payahla pergi sekolah... Hah nak jumpa kakak...."

Kadang2 aku terfikir, berpisah dgn adik pun sudah sesedih ini. Tak dapat aku bayangkan persaan ibu2 yang terpaksa berpisah dengan anak2 kecil mereka. Mungkin kerana alasan yg sama seperti aku; menuntut ilmu. Atau mungkin kerana kerja, masalah kewangan, dan.... ntah... Teringat aku pada Kak Ayu, senior aku di sekolah dulu. Sekarang sedang menuntut di tahun akhir di UIAM. Almost everyday menangis teringatkan anak yang baru beberapa bulan dilahirkan, yang dipelihara oleh suami dan keluarganya buat sementara waktu.

Hmm... kadang2 gerun aku memikirkan cabaran ibu2 yang merangkap pelajar Universiti. Jikalau aku di tempat mereka, belum pasti samada aku mampu untuk memikul tanggungjawab sebegitu besar (bagi aku). Apapun, jika itulah ketentuan Allah, maka insyaAllah, itu yang terbaik. Kerana Hanya DIA yang maha mengetahui segala sesuatu dan DIA pastinya tidak memberatkan hambaNYA melainkan apa yang mampu dipikulnya.

Posted at 09:06 am by eLFaQiHa
Comments (6)  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Sunday, October 16, 2005
Ramadhan Pertama Di Bumi Asing

Sudah hampir 2 minggu Ramadhan bermula. Kalau ditanya perasaan berpuasa di Dublin? Jawapan aku: "ROJAK". Seronok, gembira, excited, best, menarik... (bukan ke sume tu almost have similar meaning?). Memang tak dinafikan, sangat banyak seronoknya dapat merasai Ramadhan di Dublin. natara lainnya berbuka awal drp kat Malaysia! Lagi2 bila dah nak akhir autumn... makin lama makin awal Maghrib, dan makin lambat subuh. Cuaca yg sejuk pula menebabkan tak terasa kepenatan berpuasa.

Well, bukan itu sebenarnya yg aku nak highlightkan kat sini. Bagi aku sendiri, saat yg paling seronok adalah masa solat tarawikh. Satu juzuk semalam. 8 rakaat, means 1 rakaat satu "maqra'". Dan aku tak yakin aku mempunyai kekuatan (spiritually) utk berbuat begitu jika solat sendiri. Beberapa hari yg pertama, mmg penuh semangat datang ke masjid Dublin yg hanya beberapa langkah dari rumah utk berbuka puasa free n Solat Tarawikh berjamaah. Masuk hari yg ke-4 dan beberapa hari seterusnya, terasa agak mencabar, kerana bacaan imam yg agak lama (lambat2) ditambah dengan sesi tazkirah di antara 4 rakaat tarawikh. Tazkirah pula dlm arabic. Bersyukur sbb belajar arab sejak kecil. At least dpt la jugak 1/3-1/2 input dari ceramah. Mata rasa berat, badan rasa tak terangkat... huhu~ Namun, alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan utk aku menggagagahi diri...

Suasana berpuasa kat sini agak berlainan dgn di Malaysia. Sebagai golongan minoriti, pastinya larangan makan dan minum mustahil dilaksanakan. Kiri kanan umat manusia makan dan minum. Bayangkan, setiap pagi berjalan ke kelas melalui restoran di medical faculty, bau pelbagai jenis makanan menusuk hidung. Kekadang tanpa sengaja terkeluar perkataan "Bestnya bau" sambil nafas ditarik dalam2. Terlupa bahawa aku sedang berpuasa. (Ighfir Li Ya Rabb al-Ghafur). Bila menolak pelawaan non-muslims utk mkn, 1001 soalan diajukan. Puasa tu apa? Kenapa perlu puasa? Tak penat ke? Tak sakit ke? Bla.. bla... (Fuhh.... boleh buat buku FAQ's regarding fasting, tak pun "Fasting for Dummies", hehe..). Mudah2an jawapan2 kepada segala persoalan tu tidak menjauhkan mereka drp Islam, sebaliknya sbg method dakwah, utk menimbulkan minat mereka utk mengetahui ttg Islam dgn lebih lanjut.

Bagi aku, ada satu persamaan antara puasa di Malaysia dan di Dublin; nafsu makan yg tak terkawal setelah berbuka. Mungkin bukan semua, tapi aku nampak kebanyakannya begitu. (termasuk aku juga kdg2). Walaupun dah kenyang yg amat setelah 'melantak' nasi briyani + tandoori chicken semasa berbuka di Dublin Mosque, balik tu everybody is craving for more food. (Terbayang2 croissant n friut tart...yummy!!) Dahsyat! Begitu juga lepas balik dari Solat Tarawikh. Mujurla kat sini takde moreh secara official di masjid. Kalau tidak... hehehe...

Last week, UCD ISoc (Islamic Society) menganjurkan IFTAR dengan kerjasama Med Soc - human appeal for Iraq. Seronok melihat kehadiran non-muslim yg agak ramai ke majlis tu. Malangnya, (pada hemat aku) mungkin kerana majlis kurang berjalan dgn lancar, maka beberapa matlamat program kurang tercapai. Slide show ttg kekejaman puak kuffar terhadap penduduk Iraq terbiar tanpa penonton dek kesibukan hadirin berbual2 sesama mereka. Mungkin ada yg menonton, tp kurang dpt beri tumpuan kerana suasana dewan yang agak hingar bingar. Apepun, aku harap, semua dapat bekerjasama antara satu sama lain utk menjayakan iftar yg ke-2 by FOSIS. (Chayok kpd Kak Ain n Committe member ISoc yg lain ",)

Posted at 10:16 am by eLFaQiHa
Comment (1)  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Monday, October 10, 2005
UCD Med Day??

Dalam tak sedar rupanya dah lebih sebulan aku di bumi Ireland ni. Hingga kini, aku rasakan segalanya bagaikan mimpi. (kesian, tak bangun2 lagi budak ni... ) Kelakar juga bila difikir2kan... dah bermacam2 peristiwa dan pengalaman yg telah aku lalui, tapi aku dan kawan-kawan masih sukar menerima kenyatan bahawa kami kini begitu jauh dari tanah air...

well, last wednesday, (October 5, 2005) UCD med day was held by UCD medical society (the best society ever in the world?? *geleng kepala*). I'm one of the club member. And i could hardly believe that i had contributed in the charity drive that morning. (charity for hospitals in Dublin, for cystic fibrosis association, etc.) actually, at first i was not willing to put up my name in the volunteer list. Afraid of being embarrassed? Yup, that was one of the main factor... but at last, i forced myself to go...

Agak sukar untuk memulakan... tapi, bila fikirkan sekali aku dah melangkah, takkan nak berundur? Then aku gagahkan diri to try my luck... semoga ada insan yg akan bersimpati... and i was hoping that i wouldn't meet any Malaysian... After a few minutes, money bucket aku dah berisi. Tiba-tiba rasa bersemangat. Rasa malu aku buang jauh2... lagi2 setelah berkali membaca "Cystic fibrosis Association" yg tertera di bucket tu. Kepada sorg demi sorg pedestrian aku hulurkan bucket...

well, bermacam2 ragam aku jumpa. Ade yg generous, ada yg beri krn simpati dgn aku? dan tak kurang juga yg agak kedekut. (ooppss....) Maybe krn appearance aku yg bertudung? The most typical reason yg aku dgr, "sorry, i don't have change". Well, at least they didn't say "NO". Barangkali utk menjaga hati si pemungut derma (aku le...). But perhaps it's unethical to say NO? Ntah. Paling mengharukan, bila org2 tua yg bersungguh2 menderma. "Well these are the only coins that i have" Sambil segala duit syiling yg ada dlm wallet dicurahkan. Dan aku juga kagum dgn a few young men, whom i didn't expect them to be so kind to donate for the charity. Malah, diorg antara penyumbang paling byk.. (iskk, rasa bersalah krn ada rasa su'uzhan pd mereka... huhu...)

"God Bless you". Terpana aku mendengar ucapan dr seorg 'atuk' yg baru saja menderma. Ucapan yg sepatutnya keluar dr mulut aku. Rasa bersalah yg amat. Masa tu aku terfikir, mungkin x cukup sekadar ucapan "thank you"? isk.. Bila difikir2kan, mmg kebiasaan bg Malay ppl, terima kasih sudah cukup sbg tanda penghargaan. Tidak seperti Arabs n English; "BarakaLLahu Feek", n "God Bless" menjadi kemestian.

Dilemma juga waktu tu. Should I wish them "God Bless" or not? Krn setahu aku yg dha'if, HARAM bg Muslim utk mendoakan kebaikan utk org Kafir, melainkan agar mereka mendpt hidayah drp Allah. Dengan hati yg berat, aku lafazkan juga demi menjaga hubungan dakwah antara Muslim n non-Muslim. Mudah2an aku termasuk dlm golongan 'exception' memandangkan aku merupakan golongan minoriti di sini. [iskk... i wish I have my Fiqh Al-Aqalliyyat book with me]

after about 2 hours, the session for our team ended. guess what? My bucket was the heaviest among our team members. (St Stephen Green Team). Terkejut jugak. Initially mmg aku risau kalau kutipan aku paling sikit. Maklumla, ni first time aku join charity drive. Aku pun x tau kenapa tiba2 ada rasa 'passionate' selepas beberapa keping syiling asuk dlm bucket aku. terus bersemangat... Tapi, apepun di sebalik kegembiraan tu terselit juga rasa bersalah yg amat. Why I eas not willing to join any charity drive in Malaysia? Dan seboleh2 nya nak lari (kerana malu??). Walhal utk kebaikan bangsa aku juga, dan saudara se'deen'ku. Rasa seprti seolah2 aku berhutang dgn masyarakat Malaysia.. Isk... Mudah2an, pengalaman aku ni menjadi satu pendorong yg kuat utk berbakti kpd deenku pd masa akan dtg. Ameen.

Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan...

Posted at 10:06 am by eLFaQiHa
Comments (2)  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Sunday, October 09, 2005
Mengendalikan Emosi

Emosi dan perasaan akan bergolak disebabkan 2 perkara:
1- Kegembiraan yang memuncak
2- Musibah yang berat.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya aku melarang dua macam ucapan yang bodoh lagi tercela: keluhan tatkala mendapat nikmat dan umpatan tatkala mendapat musibah.”

Allah berfirman:
“(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya jangan kamu terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu.”
[QS - Al-Hadeed: 23]

Maka dengan itu rasulullah bersabda:
“Seseungguhnya kesabaran itu ada pada benturan yang pertama.”

Barangsiapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan, maka dialah yang memiliki kekukuhan iman dan keteguhan keyakinan. Kerana itu pula, ia akan memperolehi kebahagiaan dan kenikmatan disebabkan keberhasilannya mengalahkan nafsu.

Allah s.w.t. menyebutkan bahawa manusia adalah makhluk yang senang bergembira dan berbangga diri. Namun, menurut Allah, ketika ditimpa kesusahan manusia mudah berkeluh kesah, dan ketika mendapat kebahagiaan manusia sangat kikir. Akan tetapi, tidak demikian halnya dengan orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya. Ini kerana merekalah yang mampu berdiri seimbang di antara gelombang kesedihan yang keras dan dengan luapan kegembiraan yang tinggi. Dan mereka itulah yang sentiasa bersyukur tatkala mendapat kesenangan dan bersabar tatkala berada dalam kesusahan.

Emosi yang tidak terkendali akan sangat melelahkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri. Kerana ketika marah misalnya, kemarahan itu akan sukar dan sulit untuk dikendalikan. Adapun saat mengalami kegembiraan, ia menikmatinya secara berlebihan, mudah lupa diri, dan lupa akan siapa dirinya.

Begitulah manusia, ketika tidak menyukai seseorang, ia cenderung mengherdik dan mencelanya. Akibatnya, seluruh kebaikan orang yang tidak disukai akan terus lenyap. Demikian juga ketika menyukai orang lain, maka orang itu akan dipuja dan disanjung-sanjung seolah-olah tiada cacatnya.

Rasulullah bersabda:
“Cintailah orang yang engkau cintai sewajarnya, kerana siapa tahu dia akan menjadi mushmu di lain waktu, dan bencilah musuhu itu sewajarnya, kerana siapa tahu dia kan menjadi sahabatmu di lain waktu.”

Barangsiapa mampu menguasai emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbng segalanya dengan benar, maka ia akan melihat kebenaran, akan tahu jalan yang lurus dan akan menemukan hakikat.

“Seseungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama-sama mereka al-kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.”
[QS, Al-Hadeed: 25]

Islam mengajar keseimbangan norma, budi pekerti, dan perilaku sebagaimana ia mengajarkan manhaj yang lurus, syariat yang diredhai dan agama yang suci.

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan.”
[QS, al-Baqarah: 143]

--------------------------------------------------
>>> La Tahzan by Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Posted at 06:50 pm by eLFaQiHa
Comments (3)  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Saturday, September 24, 2005
Aku Seorang Musafir....

Dah lama tak update... Hmm.. [adakah ini satu keluhan??] Ntah... Sukar untuk aku percaya, aku bukan lagi berada di tanah kelahiran aku, sebaliknya sebuah bumi asing... Bumi di mana majoriti penduduknya adalah kaum kuffar... [nampaknya aku dh jadi golongan minoriti di sini... wuwuwu...]

Frequently asked question oleh family n kwn2 aku thru email, frenster, sms, n atc: "how's life? tak homesick ke? tak sejuk ke? paham ke accent diorg?". well, alhamdulillah, so far so good. everything is almost settled down. Rumah ok, [maklumle, dpt rumah baru] n baru a few days install telefon. n broadband soon. InsyaAllah. about 20-25 mins walking distance from my faculty.
makan? no problem. breakfast n dinner: nasik n ayam [halal, slaughtered by muslims] lunch: sandwiches or cucur tepung. Halal food merata2... :D
study? erm... yg ni biasa la, ade turun naik gak. [hehe, baru 2 minggu start lecture dh tension.. :( ] one of the factor, english is my 2nd language [or 3rd??] tambah2 lagi dgn accent irinsh yg kdg2 sukar difahami plus laju. so, kdg2 agak sukar utk tangkap ape yg dibebelkan kat depan. btw, i've found my new fav subject: Anatomy! esp lecture by Dr. S.Giles. mlm sebelum kelas, lecture notes dh penuh dgn catatan2... seriously, i love this subject soooo much!! [bye2 physics n maths... ] mengenai accent diorg tu, we have to put an effort to record the lecture... so, dgr byk kali... tak pun, buka buku medic yg tebal n study... :S

Homesick? well, NO. Ntah, aku bkn jenis yg suka berkepit bwh ketiak mak. so, tak terasa sgt sedih berpisah dgn family. Cuma, aku tak dpt nafikan, aku lebih suka berada di malaysia. bak kata org, tempat jatuh lagikan dikenang... [belum jatuh kat ireland lagi... hehe... ] especially when talking about the weather here. 4 seasons a day. unpredictable. kejap panas, kejap sejuk, kejap hujan. mujur takde salji je... [masyaAllah, unik sungguh ciptaan Allah...] eventhough sinar mentari memancar dgn terangnya, angin yg sejuk menghilangkan rasa panas... [rindu pada kehangatan belaian matahari di malaysia... huhu~]

Kesimpulannya, best gak duduk kat sini. Bilangan malaysian yg ramai mmbuatkan aku sendiri tak terasa aku sebenarnya berada di bumi asing. tidak terasa seperti seorg musafir... cuma, sedikit sebanyak, aku terasa sedikit kehilangan.... aku rindukan azan yg berkumandang di masjid2 di malaysia... aku rindukan alunan ayat suci al-quran dari masjid2 ketika hampirnya waktu solat fardhu... aku rindu kpd sahabat2 yg sama2 berkongsi ilmu dgnku... rindu kpd buku2 aku yg terpaksa aku tinggalkan di malaysia... rindu kpd kamus tebal aku!! [uwaa... nak balik!!!]

Alhamdulillah, sahabat2 di sini menjadi penawar rinduku kpd tanah air... Ukhuwah yg tertaut menjadi pelengkap kpd kehidupan aku yg aku kira 'serba kekurangan' di sini. Masih banyak yg perlu aku pelajari sebenarnya... baik dari segi ilmu, pengalaman dsb. Aku benar2 berharap agar aku mampu utk komited dgn aktiviti2 yg sedikit sebanyak boleh membantu dan membimbing aku agar tidak tersalah langkah... yg boleh mengisi kekosongan jiwa seorg hamba....

Posted at 04:54 am by eLFaQiHa
Comments (4)  

KASIH itu ibarat MUTIARA         HADIAH Dari ALLAH Yang Esa...         Gilaplah Ia Dengan IMAN dan TAQWA        SINARnya Akan BerCAHAYA...        SAYANG Itu Ibarat PERMATA     SIMPANlah Ia Di Kamar JIWA...         Jangan DiWARNAi Sesuka Rasa         Kelak Lebur NILAInya...



Previous Page Next Page