|
Alhamdulillah, exam MCQ Renal Biology baru selesai pagi tadi. mujur next MCQ exam after our mid-sem break, kira2 sebulan lagi... hehe, boleh la nak berfoya-foya... =D
well, sejak seminggu dua sebelum exam ni, aku dah jadi pendengar setia radio MISG. Sepanjang masa kat umah, selain solat, ngaji dan tido, dendangan nasyeed dari radio aku biarkan berkumandang... maklumla, unlimited access to internet. =D Aku dah jatuh cinta pada satu lagu yg pada mulanya, aku tak pernah sedar kewujudannya walaupun nasyid tu termasuk dlm one of the most frequent song requested by the listener. Mungkin krn aku x pernah berpeluang utk menghayati bait2 liriknya.. Until one day, time sorg2 b4 class... tibe2 ayat ni mencecah gegendang telinga aku: "harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian melanda,itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa, diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan..." Rangkap pendek tu benar2 berjaya memancing hati aku untuk terus mendengar... sejak tu aku berusaha cari, lagu ape ni? Mujur mmg aku dh recognise suara n style ni kepunyaan Mestica.. hehe... well, here goes, Rahmat Ujian, by Mestica. Dalam derita ada bahagia dalam gembira mungkin terselit duka tak siapa tahu tak siapa pinta ujian bertamu Bibir mudah mengucap sabar tapi hatilah yang remuk menderita insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran Segala takdir terimalah dengan hati yang terbuka walau terseksa ada hikmahnya Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa Diuji tahap keimanan Sedangkan ramai terbiar dilalaikan hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu Hmm... setelah beberapa kali aku hayati nasyid ni, tiba2 rasa x sedap hati dgr satu rangkap ni: "Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan". Benarkah Allah rindu? Adakah rindu tu sifat Allah? But before that, to all Mestica fan, or Mestica itself, if it happens that u come across this, no offence eh! Tak berniat utk mengguris mana2 pihak. Cuma mengekspreskan pendapat peribadi aku... Daripada pemahaman aku, rindu itu lebih kurang mcm satu keinginan yg memuncak untuk memperoleh sesuatu. Dan apabila x berjaya memperolehnya, seolah2 hati si perindu akan terbeban dgn perasaan tu. Teringat2, serba tak kena... Tapi tak taula, kalau dari segi bahasa yg sebenar, mungkin lain ertinya. Aku pn x berpeluang utk cek maknanya yg betul... kamus dewan bahasa takde.. hehe... Seandainya maksud kalimah 'rindu' tu mirip kpd apa yg aku paham, pd pndpt aku, sifat itu tak layak bagi Allah. Sbb kalau kita imbas balik firmanNya dlm al-Quran;
"Muhammad is no more
than an apostle: many were the
apostle that passed
away before Him. if He died or were slain, will ye then Turn
back on your heels? if
any did turn back on His heels, not the least harm will he
do to Allah. but Allah
(on the other hand) will swiftly reward those who (serve
Him)
with gratitude" [Q- 3:144] Dgn kata lain, kalau dlm kes nasyid ni, jika kita tak meminta pada Allah, tidak merintih padaNya, Allah takkan rugi apa2 pun. Tapi, kalau dikatakan Allah mengasihi barangsiapa yg meminta kpdNya, aku setuju. Sbb He is the LOVETH. Tapi bukan perindu. Hmm... tapi aku tak nafikan, penggunaan kalimah "rindu" tu memberi impak lebih besar kpd pendengar2 berbanding dgn kalimah "kasih", "sayang" - termasuk aku pada mulanya. Rasa ada sense of belonging... Terasa ada hubungan cinta antara Tuhan dan hamba... Rasa macam, "Allah pn rindukan doa kita, siapa pula kita utk menolak cintaNya?" Ntah, aku tak pasti wajarkah aku mempertikaikan penggunaan bahasa. krn aku tahu, bahasa juga memainkan peranan penting untuk memancing dan memberi kesan langsung kpd pembaca dan pendengar. Tapi bagaimana dgn kesan thdp aqidah? Mungkin bg sesiapa yg benar2 faham ttg apa yg cuba disampaikan di situ, tak mengapa. tapi bagi yg mungkin x paham hakikat asma' Allah wa sifatuh, tak mustahil akan anggap Allah mmg benar2 rindukan hambaNya... Apepun, harap diperbetulkan jika aku tersilap... WaLLahu a'lam. |
| Amir Hazwan Abdul Rahim October 31, 2006 11:14 AM PST assalamualaikum.. bertemu lagi =) i've asked my sis n she said that Allah merindui rintihan tuh ade dlm hadith qudsi.. better check la kalu nk kepastian btol2.. wassalam.. | ||
| Amir Hazwan Abdul Rahim October 26, 2006 04:15 AM PDT assalamualaikum.. saye ter bace blog akak (huhu.. can i call u akak cos ur older than me, nmpk lbey hormat) mase nk cari material psl Islam nh la.. btw, saye bdk kmb gak 2005-2007 =) berkenaan Allah yg rindu tuh.. saye rase ade ayat Quran atau hadis yg mention psl ni.. tp saye xsure la.. i'd better check with my sis sbb baruu ptg td die ade ckp ngan saye psl Allah merindui rintihan nh.. xtaw le die amek dr lagu tuh but slalunye die bg ayat quran atau hadis jek.. i'll inform u l8r k.. tp kalu nk contact saye ok je moody_muddy25@yahoo.com or my sis, die kt melben einhyatt@yahoo.com, may b u've alredy known her, but still bley eratkan silaturrahim sesame muslim =) | ||
| AisyahHumaira April 21, 2006 05:12 PM PDT Assalamu'alaykum .. Saya setuju dengan awak dalam hal ni. Tak sesuai utk menyifatkan Allah dengan 'rindu'. Bila tgk tgk Aqidah Wasitiah Ibn Taimiyah, tidak diisbatkan Allah dgn sifat rindu melainkan 'Mahabbah' tu mmg ada. Bila Allah rindu pada rintihan hambaNya seolah-olah Allah mengharap pada hambaNya. Na'uzubillah min zalik! عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول الله سبحانه الكبرياء ردائي والعظمة إزاري من نازعني واحدا منهما ألقيته في جهنم Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw berkata :'Allah swt berfirman : Kesombongan itu adalah pakaianKu, kebesaran itu adalah selendangku, sesiapa yang menentangKu pada salah satu dari keduanya, Aku campakkan dia ke dalam Jahanam.' (Riwayat Abu Daud dalam Sunannya) | ||
| Leave a Comment: |