Entry: Add up your BOYCOTT list! Thursday, February 09, 2006
Kehangatan isu penghinaan terhadap umat islam melalui karikatur Nabi Muhammad s.a.w masih terasa biarpun isu ini telah lama berlaku dan di sesetengah tempat sudah mulai sejuk. Mungkin juga di sesetengah negara (Malaysia??) dan bagi sesetengah orang, isu ni bukanlah satu yang perlu diperbesarkan. (isu hiburan lebih besar, barangkali? huhu~) Biarlah... yang penting, kita sendiri ada sensitiviti terhadap agama kita sendiri dan sedar akan tanggungjawab kita untuk mempertahankan agama Allah. (Alhamdulillah... insyaAllah!)
Sebagai pelajar, mungkin tidak banyak yg dpt kita lakukan (banyak sebenarnye!) untuk kita tunjukkan protes terhadap penyebaran karikatur terkutuk tu. Tapi sharusnya, kita cuba sedaya mungkin untuk terus laksanakan usaha yang termampu. Sekurang2nya, salah satu daripada saranan2 Al-`Allamah Shaykh Yusuf Al-Qaradhawi dalam khutbah Jumaat di Doha baru2 ni:
Petikan akhbar dlm IslamOnline
Kerajaan dan Umat negara-negara Islam dan Arab hendaklah memberi
tekanan kepada organisasi antarabangsa agar diwujudkan undang-undang
ini, bukan sahaja mendapatkan kema'afan dari akhbar-akhbar tersebut,
tetapi memberi peluang kepada orang-orang Islam menulis di
akhbar-akhbar mereka selama 1 bulan bagi mempertahankan Nabi
Adalah menjadi kewajipan umat Islam didalam perkara ini menjalankan
BOIKOT keatas semua barangan-barangan dari negara-negara yang berani
menghina Rasulullah ;
kerana setiap sen dari pembelian barangan tersebut akan pergi kepada
kerja-kerja ini. Tugas Kerajaan adalah melakukan BOIKOT POLITIK dengan
cara menarik balik Duta dari Denmark, dan menutup kedutaan mereka di
tempat mereka.
Umat Islam hendaklah merasa marah dan cemburu terhadap Agama dan
Nabinya, dan mempamerkan bahawa mereka tidak dapat menerima
perkara-perkara seperti ini.
Beliau beranggapan bahawa: Ini adalah Fardu Ain keatas setiap
orang Islam disemua tempat, dengan membaca hadith: Demi DiriKu
ditanganNya, Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintaiKu lebih
dari Bapa, Anaknya dan keseluruhan manusia.
Beliau memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan Arab agar jangan
memisahkan diri dari rakyatnya, katanya : mereka hendaklah berdiri
dibelakang rakyatnya seperti berada didalam sebuah kapal yang
sama...keatas orang Islam beliau menyeru agar bersatu bagi berhadapan
dengan musuhnya, dan membuktikan bahawa mereka menjawab penghinaan yang
dilontarkan keatas Nabi dan maruah mereka.
Kepada Kerajaan negara-negara Barat beliau berkata : mereka tahu
akan sikap prokrastinasi atau sokongan mereka keatas akhbar-akhbar ini,
atau kerajaan-kerajaan mereka membentuk TERRORISME yang mereka sendiri
mendakwa menentangnya, dan jika kerajaan mereka tidak bertindak, maka
akan menjadi alasan kepada individu-individu tertentu yang akan
mengambil tindakan sendiri menuntut bela keatas Nabi mereka, dan mereka
akan melakukan keganasan-keganasan yang baru.
Beliau mengajak semua orang Islam agar: tidak mencampur-adukkan apa
yang berlaku dengan orang-orang Kristian yang hidup dinegara kita.
Keatas akhbar-akhbar Eropah yang melakukan penerbitan tersebut
kata beliau : ini merupakan jenayah yang paling teruk yang tidak
prihatin terhadap manusia, tetapi mencederakan maruah dan kehormatan
ketas billion umat Islam.
Mengenai justifikasi mereka terhadap kebebasan memberi pendapat,
beliau berkata: ini merupakan satu tindakan yang kurang ajar yang
tidak boleh kita terima dari apa-apa alasan mereka, dan perkara
penghinaan ini tidak mungkin dapat mereka lakukan keatas keluarga dan
ibu mereka atas nama kebebasan berfikir dan tidak juga dari demokrasi.